::Driving the Future of the nation::
HomeWho we areAdv. CouncilCommitteeMember's PageBe a MemberBenefits
Latest EventsPress ReleaseGallerySupported ByContact UsBook Club
Press Release

28th June

YEAB-YEABC tandatangani MoU

Berakas, 22 Jun. Pertubuhan Perusahaan – perusahaan Muda Brunei (YEAB) telah menan-datangani perjanjian persefahaman dengan Pertubuhan Perusahaan-perusahaan Muda British Columbia (YEABC), sempena Majlis makan malam tidak rasmi sempena permesyuratan Forum Perdagangan SME APEC, di Kelap Rekreasi Diraja Brunei, malam tadi. Perjanjian persafahaman itu, telah ditandatangani oleh Presiden Pro-Team YEAB; Dayang Lisa ibrahim dan Pengerusi Bersama YEABC, Puan Paula Momat dihasratkan bagi meninkatkan hubunan komersil dan kerjasama di antara kedua buah pertubuhan. Kedua pertubuhan itu, telah bersetuju perkara-perkara yang berhubungkait dengan ekonomi dan perdagangan di samping bagi memperkembangkan informasi perniagaan kepada ahli-ahli di Negara masing-masing.

MOU juga akan dilaratkan dengan aktiviti-aktiviti termasuk seminar, kongres antarabangsa dan latihan pendidikan oleh pakar-pakar kedua Negara. Melalui bidang perdagangan, MOU itu juga menunjukkan kesanggupan kedua buah Negara untuk mempromosi dan mengatur delegasi perdagangan dan penyelaras ranchangan untul lawatan delegasi kepada Negara masing-masing. Pada masa itu, para hadirin juga mendengar ucapan daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sweeney Global Challenges, Puan Bridget m Sweeney yang sama-sama berkongsi pengalaman menjadi pengusaha muda dalam ekonomi besar di United States. Sementara itu, Presiden Pro-Team YEAB, Dayang Lisa ibrahim pula berkata, MOU itu merupakan satu langkah pertama dalam mencapai hasrat bagi menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan perusahaan-perusahaan di dunia.